Thursday 26 March 2015

Nota Ringkas "Integrasi Nasional"


Integrasi Nasional
-       Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama.
-       Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional:
1.     Tindakan kerajaan yang dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.
2.     Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain.
3.     Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
4.     Peningkatan kes gelaja sosial
5.     Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.
6.     Peranan media massa yang mensensasikan isu perpaduan

Sekolah Wawasan
-       menggabungkan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks iaitu pelajarnya berkongsi kemudahan.
-       Tujuan : mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid.
-       Penyatuan murid menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan
-       Dalam masa yang sama, murid dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain.

Peranan Guru Menangani Isu Integriti Nasional
1.     Memperkasa bahasa kebangsaan.
-       Guru galakkan penggunaan bahasa kebangsaan dan jadikan bahasa sebagai bahasa perpaduan.
-       Guru berusaha tanam rasa cinta BM dalam diri murid2
-       Guru mengadakan program Wacana Ilmu, Minggu Bahasa Kebangsaan, Pertandingan Pidato dll.
2.     Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
-       KPM perkenalkan RIMUP bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat guru, murid dan warga sekolah dalam aktiviti sekolah.
-       RIMUP dapat mewujudkan suasana muhibbah, kerjasama, toleransi antara murid pelbagai kaum dan berkongsi kemudahan untuk menjayakan kegiatan khas bersama-sama.
3.     Memupuk kecintaan kerhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.
-       Guru galakkan murid libat diri dalam aktiviti koku seperti Kempen Cintakan Warisan Seni, Kempen Kibar Jalur Gemilang dll.
-       Guru beri peluang semua murid pelbagai kaum berinteraksi dalam pelbagai aktiviti di sekolah.

Konsep 1Malaysia
-       8 nilai murni yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti yang diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia.

-       Dengan perlaksanaan 1 Malaysia, semua rakyat harus mendasari prinsip-prinsip utama iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi mencapai konsep ini.

No comments:

Post a Comment